Thursday, February 20, 2020

3-3-87_Al-Imran


3.3.87.
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 87: 

Ringkasan tafsir;
Orang-orang yang kufur sesudah beriman, akan diberi balasan dengan kutukan laknat dari Allah dan laknat dari Malaikat serta sekelian manusia.  Mereka akan terjauh dari rahmat dan tidak akan mendapat belasan kasihan dari Allah.
Adapun orang yang dikutuk itu ialah orang yang tidak dikurniakan rahmat dari Allah didunia dan akhirat. 
   


Link,

[BS] https://kampungkamik.blogspot.com/2019/01/al-imran-ayat-87.html  
[fbj] https://www.facebook.com/rosliauta.gmailcom/posts/1873411752794334 



via,
knajid@ymail.com
 



 

3-3-88_Al-Imran


3.3.88.
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 88:



Ringkasan tafsir;
Lanjutan dari ayat diatas (3.3.87), mereka yang kufur itu akan kekal seksaan selamanya dalam keadaan terkutuk yang amat keras, dan seksa tersebut sedikit pun tidak akan diringankan dan seksa yang dijalankan keatasnya tidak pula akan ditanguh-tangguhkan barang sesaat jua pun.

Kemudian Allah memberi peluang kepada mereka yang bertaubat ....(lihat ayat 3.3.89).

 

Link, 
[BS] https://45galas.blogspot.com/2019/01/al-imran-ayat-88.html 
[fbj] https://www.facebook.com/rosliauta.gmailcom/posts/1875544599247716


via,

knajid@ymail.com
 

Saturday, June 15, 2019

Al-Imran Ayat 155


Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 155:

Ringkasan tafsir;
Ayat ini ditujukan kepada segelintir pasukan Muslimin dalam perang Uhud yang telah tewas dengan musyrik dan melarikan diri dengan meninggalkan Nabi yang pada saat itu hanya sedikit pula bersama Nabi untuk mempertahankan kedudukan Nabi pada ketika itu. Mereka yang lari meninggalkan Nabi itu digelar sebagai “orang yang berpaling”.

Selepas perang reda, “orang yang berpaling” itu tidak berani langsung menemui Nabi kerana merasakan dirinya bersalah. Dan ada pula mereka dari bukit yang taat setia terima arahan dari Nabi itu tergesa-gesa turun untuk menemui Nabi yang cedera parah.

Sepatutnya apa yang dilakukan oleh “orang yang berpaling” itu kena menerima hukuman didunia dan diakhirat. Tetapi Allah telah mengampunkan dosa mereka , kerana Allah itu sesungguhnya amat pengampun lagi penyantun dan tidak menyegerakan seksa Nya keatas orang-orang yang berdosa. 

.
[PREVIOUS] [NEXT] [HOME[ 

.
Rujukan sumber,
Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 151~160,
[GS]
https://sites.google.com/site/kawankuresources/3/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8