Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 155:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini
ditujukan kepada segelintir pasukan Muslimin dalam perang Uhud yang telah tewas
dengan musyrik dan melarikan diri dengan meninggalkan Nabi yang pada saat itu
hanya sedikit pula bersama Nabi untuk mempertahankan kedudukan Nabi pada ketika
itu. Mereka yang lari meninggalkan Nabi itu digelar sebagai “orang yang
berpaling”.
Selepas
perang reda, “orang yang berpaling” itu tidak berani langsung menemui Nabi
kerana merasakan dirinya bersalah. Dan ada pula mereka dari bukit yang taat
setia terima arahan dari Nabi itu tergesa-gesa turun untuk menemui Nabi yang
cedera parah.
Sepatutnya
apa yang dilakukan oleh “orang yang berpaling” itu kena menerima hukuman
didunia dan diakhirat. Tetapi Allah telah mengampunkan dosa mereka , kerana Allah
itu sesungguhnya amat pengampun lagi penyantun dan tidak menyegerakan seksa Nya
keatas orang-orang yang berdosa.
.
[PREVIOUS] [NEXT] [HOME[
.
[PREVIOUS] [NEXT] [HOME[
.
Rujukan sumber,
Rujukan sumber,
Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 151~160, [GS] https://sites.google.com/site/kawankuresources/3/1
Ulasan surah 3;
[GS] https://t.co/Kf2lMbI0X8