Saturday, June 15, 2019

Al-Imran Ayat 155


Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 155:

Ringkasan tafsir;
Ayat ini ditujukan kepada segelintir pasukan Muslimin dalam perang Uhud yang telah tewas dengan musyrik dan melarikan diri dengan meninggalkan Nabi yang pada saat itu hanya sedikit pula bersama Nabi untuk mempertahankan kedudukan Nabi pada ketika itu. Mereka yang lari meninggalkan Nabi itu digelar sebagai “orang yang berpaling”.

Selepas perang reda, “orang yang berpaling” itu tidak berani langsung menemui Nabi kerana merasakan dirinya bersalah. Dan ada pula mereka dari bukit yang taat setia terima arahan dari Nabi itu tergesa-gesa turun untuk menemui Nabi yang cedera parah.

Sepatutnya apa yang dilakukan oleh “orang yang berpaling” itu kena menerima hukuman didunia dan diakhirat. Tetapi Allah telah mengampunkan dosa mereka , kerana Allah itu sesungguhnya amat pengampun lagi penyantun dan tidak menyegerakan seksa Nya keatas orang-orang yang berdosa. 

.
[PREVIOUS] [NEXT] [HOME[ 

.
Rujukan sumber,
Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 151~160,
[GS]
https://sites.google.com/site/kawankuresources/3/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      



Sunday, March 3, 2019

Al-Imran Ayat 114

4.3.114
Juz:
4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 114:



.
Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas (4.3.113), berikut sifat orang mukmin,

4. Mereka percaya kepada Allah dan hari kemudian dengan cara yang diredai oleh Allah.
5. Mereka menyuruh berbuat makruf kebaikan dan menyuruh tinggalkan berbuat mungkar kejahatan.
6. Mereka bersegera mengerjakan perkara kebaikan dengan tidak melambat-lambat segala urusan.
7. Mereka itu orang yang soleh, dan setinggi-tinggi pujian diberi oleh Allah kepada mereka.

.

[previous] [next] [home] 

.
.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
4, Surah3
Terjemahan,
111~120,
[GS] https://sites.google.com/site/tammpajsite/8/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      






Monday, July 18, 2016

Surah AlBaqarah (165~167)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 165:
.
Ringkasan tafsir;
Lanjutan dari ayat diatas (2.2.164) bahawa manusia itu masih lagi dalam kebodohan, dan orang kafir musyrikin telah menyukutukan Allah dengan membuat patung berhala dan menyembahnya, orang yang menyekutukan Allah adalah mereka yang menganiayai diri mereka sendiri.  Tapi bagi orang yang beriman itu amatlah berbeza dan amat kasih kepada Allah.
 .
Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 166~167:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini menjelaskan, bahawa pengikut-pengikut yang mengikut ketuanya, juga akan diseksa oleh Allah lantaran mereka mengikut perbuatan dosa yang dibuat oleh ketua-ketua mereka. Pengikut itu menyesali diri dan berkata “kalaulah kami kembali kedunia nescaya berlepas diri lah kami daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami”.
.

Ayat ini telah memberi pengajaran kepada kita bahawa sesungguhnya ketua sesebuah kumpulan mahu pun negara, sekiranya ketua mereka membuat dosa kepada Alllah, maka hendaklah kita berjauh diri dari mereka supaya kita tidak diseksa bersama dengan mereka yang zalim.


[Previous] [Next]


Sumber
Terjemahan Surah 2, Ayat 161~170;  
 [GS]
https://t.co/ujPdPsH82h  
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  
Pautan
,
[G+] https://plus.google.com/109764908726825547016/posts/NHtW2kgwaMo